Search This Blog

Sunday, July 26, 2009

mutira kata

  • Orang yang berilmu itu akan selalu berdoa; Ya Allah, kayakanlah aku dengan kekayaan ilmu, hiasilah aku dengan perhiasan sopan santun, muliakanlah aku dengan kemuliaan taqwa, dan cantikkanlah aku dengan kesihatan yang sempurna.
  • Tidak ada kekayaan yang melebihi kesihatan badan, dan tidak ada kegembiraan yang melebihi kesenangan hati.
  • Katakanlah musuh anda dengan perkataan yang lemah lembut, kerana perkataan yang lemah lembut adalah anak kunci hati manusia. kemarahan dan kekasaran tidak akan membawa kepada kemenangan.
  • Hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan kerana permusuhan, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang pengaruh kerana lemah.
  • Tidak ada laut yang luas, lurah yang dalam, bukit yang tinggi dan jalan yang susah bagi orang yang mahu. Hanya orang yang malas dan putus asa yang selalu tinggal di belakang.
  • Orang yang bersalah itu ibarat kayu besar yang akarnya akan putus-putus dimakan ulat, hanya menunggu saat tumbangnya, walaupun batangnya kelihatan masih kukuh.

sk.pulau pababag..wdt125..91309..semporna..sabah